Lewis Hamilton memenangi perlumbaan GP Kanada dengan mudah

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Lewis Hamilton telah memenangi perlumbaan GP Kanada di litar Gilles Villeneuve, Montreal, semalam. Pemandu Mercedes-AMG Petronas itu menghabiskan perlumbaan di hadapan rakan sepasukan, Valtteri Bottas, dan pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo di tempat ketiga.

 

Canadian GP 2017-1

 

Lewis, yang memulakan perlumbaan dari petak hadapan, telah mengetuai perlumbaan dari pusingan pertama sampai akhir perlumbaan, dengan tiada apa-apa masalah. 

 

Max Verstappen, pemandu pasukan Red Bull, yang bermula dari petak kelima, telah membuat kejutan dengan pecutan laju yang memintas kereta-kereta F1 lain pada permulaan perlumbaan, tetapi sayangnya terpaksa menamatkan perlumbaannya pada pusingan 11 disebabkan kerosakan kereta Red Bullnya. 

Lewis Hamilton, Canada 2017

 

Pelumba yang bermula di petak kedua, Sebastian Vettel, yang memandu untuk Ferrari, pada awalnya juga mengalami masalah bahagian kereta yang pecah, jatuh untuk sementara ke tempat terakhir, tetapi telah berjuang dengan jayanya untuk naik balik dan menghabiskan perlumbaan di kedudukan ke-4. 

 

Pasukan Force India juga telah menyerlah pada perlumbaan ini, dengan kedua-dua Sergio Perez dan Esteban Ocon berjaya meraih tempat kelima dan keenam.

Lewis & Vettel

 

Pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen, hanya mampu mendapat kedudukan ketujuh. 

 

Antara yang gagal menghabiskan perlumbaan ialah Daniil Kvyat (Toro Rosso), Verstappen (Red Bull), Felipe Massa (Williams), Carlos Sainz Jr (Toro Rosso) dan Fernando Alonso (McLaren).

 

Keputusan Grand Prix di Kanada bermakna mata kejuaraan Sebastian Vettel sekarang bernilai 141 manakala Lewis Hamilton berada di kedudukan kedua dengan 129 mata, hanya 12 mata di belakang Sebastian Vettel. 

 

It's Hamm time

 

Kemenangan Lewis di Kanada merupakan yang kali ke-6 dalam karier beliau.

 

Perlumbaan seterusnya ialah di Baku, Azerbaijan pada 25 Jun nanti.

SaveSave

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…
Berita Global
Kemalangan itu dipercayai berlaku di jalan terowong Penmaenbach yang terletak di Conwy, Wales di…
Berita Global
Biarpun bertukar pasukan, beliau tidak membatalkan tempahan untuk model edisi terhad Mercedes-AMG…