Lewis Hamilton ditangga kelapan atlit paling kaya di dunia

oleh Mohamad Hanif|
Juara dunia Formula One sebanyak tujuh kali, Lewis Hamilton menduduki tangga kelapan di dalam senarai atlit yang memiliki bayaran tertinggi di dunia mengikut laporan daripada Forbes.

Pelumba Mercedes-AMG PETRONAS F1 itu membawa pulang pendapatan di dalam dan di luar litar sebanyak $82 juta (RM340 juta) bermula 1 Mei 2020 hingga 1 Mei 2021.

Hamilton berjaya memasuki kedudukan 10 teratas pada tahun 2017 dengan menduduki tangga kesepuluh dengan pendapatan $46 juta (RM190 juta).

Menurut Forbes lagi, pendapatan di luar litar pelumba berusia 36 tahun itu mencecah $12 juta menerusi sokonga penaja seperti Tomy Hilfiger, Monster Energy dan Puma.

Selain daripada itu, beliau juga turut memperoleh pembayaran bonus hasil usaha menjuarai 11 kemenangan grand prix pada musim lalu.

Di dalam senarai tersebut, peninju MMA Conor McGregor menduduki tangga teratas dengan pendapatan $180 juta, diikuti pemain bola sepak Lionel Messi ($130 juta) dan Cristiano Ronaldo ($120 juta).


Sumber: Forbes

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Menurut laporan, langkah yang dibuat pasukan Ferrari itu bagi mengembalikan semula status mereka…
Berita Global
Juara dunia tujuh kali itu memberitahu Vanity Fair bahawa dia sangat ‘terdesak’ untuk mendapat…
Sukan Bermotor
Juara dunia tujuh kali itu menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 di Grand Prix Emilia Romagna,…