LEVC VN5 - Van elektrik subsidiari Geely dikeluarkan tahun ini

oleh Muhammad Md Tajudin|
Biasa dengar Teksi London atau Black Cab? Syarikat pengeluar teksi ikonik itu dimiliki oleh GEELY dan dijenamakan sebagai London Electric Vehicle Company (LEVC).

Sejak 2014, GEELY telah melabur lebih daripada £500 juta ke dalam LEVC yang membolehkannya membina kilang pengeluaran baharu di Ansty, Coventry.

Bisnes utama LEVC ialah mengeluarkan kenderaan khusus teksi elektrik yang menggunakan range extender.

Sehingga kini lebih daripada 3,800 teksi elektrik telah dikeluarkan dan turut menyumbang kepada pengurangan CO2 dan penggunaan bahan api.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
LEVC VN5

 

LEVC telah berjaya bertapak di beberapa pasaran utama seperti Jerman, Perancis, Switzerland, Norway, Denmark dan Jepun.

Apa rancangan LEVC seterusnya? Keluarkan van komersial ringan dengan nama VN5. 

Van itu menggunakan platform dan teknologi range-extender eCity sama seperti teksi elektrik LEVC TX. Jarak kemampuan perjalanan EV ialah sehingga 102 km.

Dengan pengecas 50kW, masa yang diperlukan untuk cas penuh hanya sekitar 30 minit.

 

LEVC VN5

 

Nama VN5 dipilih berdasarkan strategi penamaan produk LEVC. Sama seperti TX untuk teksi, VN pula dipilih sebagai singkatan van manakala 5 merujuk kepada ruang kargo dengan kapasiti 5m3.

Kapasiti muatan kargo VN5 dengan mudah boleh memuatkan dua palet saiz Euro dengan beban kasar lebih daripada 800kg.

VN5 juga mempunyai pintu sisi dengan bukaan luas yang membolehkan pallet dimuat dari tepi.

Pintu belakang pula mempunyai pisahan 60/40 bagi memudahkan kerja memindahkan masuk dan keluar barangan untuk pemandu.

 

LEVC VN5

 

Dari segi penyelenggaraan, sela servis ialah 25,000 batu atau 40,233 km yang memberikan kos pemilikan kompetitif selain dari penjimatan bahan api berbanding van konvensional.

LEVC VN5 bakal memasuki fasa pengeluaran penuh pada suku keempat tahun ini dengan jumlah jangkaan 70 peratus daripada kapasiti 20,000 unit setahun di kilang Ansty.

Penulis: Muhammad Md Tajudin