LEVC e-Camper - bila teksi London jadi campervan

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat London Electric Vehicle Company (LEVC) yang dimiliki oleh Geely baru-baru telah memperluaskan lagi penawaran 'teksi London' kepada mereka yang berminat untuk melakukan aktiviti luar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model yang sama digunakan untuk kegunaan teksi, LEVC VN5 itu kini didatangkan dengan ciri-ciri yang wajib ada pada sebuah campervan, seperti contoh kehadiran tingkap sisi, serta bumbung jenis pop up yang membolehkan ruang dalaman diperbesarkan.

 


Selain daripada itu, model ini juga turut menampilkan meja yang boleh dilipat, ruang dapur elektrik, tempat duduk bangku yang boleh ditukarkan menjadi sebuah katil, atau dilipat untuk memaksimumkan ruang, serta tempat duduk hadapan yang boleh dipusingkan 180 darjah.

LEVC turut mengesahkan trenkuasa hibrid yang digunakan oleh e-Camper ini membolehkan ia bergerak sejauh 98 km dalam mod elektrik sahaja, atau sejauh 489 km secara keseluruhan.

 


Sama seperti model VN5, LEVC e-Camper ini masih lagi mengekalkan unit enjin range-extender 1.5 liter, motor elektrik pada gandar belakang, serta pek bateri berkapasiti 31 kWh.

Harga jualan bermula dari  £62,250 (RM358,376) dan bakal dilancarkan pada tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek Kahn kali ini sedikit unik, kerana ia melibatkan sebuah errr.. teksi London TX5. Ia…
Berita Global
Menurut LEVC lagi, dengan penghasilan sebanyak 2,500 unit TX semenjak tahun 2017, mereka berjaya…