LEVC buat platform SOA, dari pengeluar teksi kepada penyedia mobiliti elektrik

oleh Muhammad Md Tajudin|
LEVC SOA (Space Oriented Architecture)
LEVC SOA (Space Oriented Architecture)
Sejarah London Electric Vehicle Company (LEVC) atau sebelum itu London Taxi Company (LTC) boleh dijejaki pada tahun 1908.

Syarikat mengeluarkan teksi hitam (Black Cab) yang direka dan dibuat khusus untuk London. Tidak sekadar teksi, Black Cab merupakan ciri ikonik bandar itu.

Pada hari ini, LEVC adalah subsidiari Kumpulan Geely dan telah melabur lebih 500 juta pound sejak 2014.

Pada 2018, LEVC mengeluarkan TX, teksi elektrik jenis penambah jarak (range extender) dan pada 2019 mengeluarkan van elektrik saiz medium VN5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
LEVC SOA (Space Oriented Architecture)

 

Transformasi LEVC nampaknya semakin hebat dengan memperkenalkan Space Oriented Architecture (SOA) yang boleh digunakan pelbagai jenis kenderaan.

Platform kenderaan elektrik (EV) itu dibangunkan bersama Geely Holding Group dan seperti biasa jenis modular dan boleh suai (scaleable).

SOA dibangunkan sejak lebih dua tahun enam bulan lalu di pusat penyelidikan (R&D) di China, Sweden, United Kingdom dan Jerman.

Kumpulan Geely sebenarnya sudah mempunyai platform EV Sustainable Experience Architecture (SEA) dan digunakan untuk beberapa model di pasaran. 

 

LEVC SOA (Space Oriented Architecture)

 

Untuk apa SOA dibangunkan jika Geely sudah mempunyai platform? Menurut LEVC, SOA boleh digunakan untuk pelbagai model seperti kenderaan penumpang dan komersial.

Dari maklumat itu, jenis kenderaan paling hampir yang dimaksudkan ialah van penumpang dan kargo, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebagainya.

LEVC bukan sekadar pengeluar teksi tetapi sebagai penyedia penyelesaian mobiliti canggih.

Dari segi dimensi, SOA sesuai untuk kenderaan dengan ukuran panjang 4,860 mm hingga 5,995 mm, lebar 1,945 mm hingga 1,998 mm dan jarak roda dari 3,000 mm hingga 3,800 mm.

 

LEVC SOA (Space Oriented Architecture)

 

Satu lagi ciri penting untuk kenderaan penumpang dan kargo ialah ukuran langkah yang rendah.

Selain pelbagai kenderaan saiz besar, SOA boleh dipacu roda depan, roda belakang dan semua roda.

Dari segi teknologi, SOA direka untuk menggunakan bateri dengan kapasiti 73kWj hingga 120kWj dan jarak pemanduan sehingga 695 kilometer.

SOA menggunakan reka bentuk suspensi prestasi tinggi dan kekakuan kilasan tinggi (torsional stiffness) untuk pengendalian, keselesaan dan kesempurnaan.

 

LEVC SOA (Space Oriented Architecture)

 

Sebagai sebuah platform baharu, kenderaan yang dibangunkan dari SOA boleh menggunakan teknologi autonomi Tahap 2 hingga Tahap 4.

Ada lagi maklumat menarik, SOA dibuat sebagai platform sumber terbuka (open source) dan ditawarkan kepada pengeluar lain.

Sinergi dari perkongsian mampu mengurangkan kos pembangunan pengeluar yang terlibat selain penjimatan besar untuk perbelanjaan R&D.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selamat untuk dikatakan panjang L380 setara 009 atau lebih panjang. Terdapat laporan yang…
Berita Global
Kini, jenama itu sedia untuk memasuki pasaran China menerusi model minivan yang dinamakan sebagai…
Berita Global
  Teksi mewah buatan Sutton Bespoke itu dipertontonkan pada acara Salon Privé di Oxfordshire pada…