Letak harga minyak terlalu murah, pengurus stesen minyak dipecat

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan semata-mata
Di Amerika Syarikat, kesilapan memasukkan nilai jualan menyebabkan seorang pengurus stesen minyak dipecat daripada jawatannya.

Menurut laporan, John Szczecina (bukan John Cena), seorang pengurus stesen minyak Shell secara tidak sengaja meletakkan titik perpuluhan di tempat yang salah, menyebabkan harga jualan gasolin berubah menjadi $0.69 per gelen (RM3.04 per 3.79 liter), berbanding harga sebenar $6.99 per gelen (atau RM30.79 untuk setiap 3.79 liter).

Bercakap kepada KOVR Channel 13 News, "Ya, ia adalah satu kesilapan. Saya meletakkan ketiga-tiga harga di atas papan tanda kecuali diesel, namun harga yang dipaparkan (gasolin) itu tidak tepat.

Kesilapan meletakkan harga ini menyebabkan stesen minyak itu kerugian sebanyak $16,000 (RM70,480), menyebabkan keluarga Szczecina segera menjalankan kempen bantuan derma menerusi GoFundMe untuk membayar kembali kerugian tersebut.

Menurut peguamnya, Craig Simmerson percaya tidak akan ada tindakan undang-undang daripada pihak pengurusan stesen minyak berhubung kes sebegini.

Difahamkan, Szczecina kini sedang mencari pekerjaan baharu.

Sumber: KOVR Channel 13 News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Stesen minyak tersebut terletak di laluan utama antara Nilai-KLIA, di mana ia merupakan stesen…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, ia bagi membolehkan kenderaan pendaftaran asing mendapatkan bekalan petrol…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam video berdurasi 14 saat di laman…