Lesen vokasional - pekerja p-hailing wajib ada caruman PERKESO

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata bahawa pekerja p-hailing yang ingin mendapatkan lesen vokasional disyaratkan mencarum dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).


Beliau turut berkata di Dewan Rakyat pada Khamis menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Pegangkutan Jalan (Pindaan) 2022 bahawa lesen itu tidak akan diluluskan jika tiada caruman menerusi SKSPS dibuat.

 

Berita Harian melaporkan bahawa Ka Siong berkata, keputusan supaya pekerja p-hailing memiliki lesen terbabit semestinya memberi nilai tambah antaranya memastikan semua penunggang kompeten dari aspek pemanduan bagi menjaga keselamatan serta pemahaman peraturan jalan raya.


"Sebenarnya kita pun sudah mula mensyaratkan semua syarikat iaitu mengenakan caruman dengan PERKESO. Malah sebagai permulaan kerajaan bayar 80 peratus (caruman) manakala baki 20 peratus ditanggung oleh penunggang p-hailing.


"Sebab itu kita komited memastikan ada jaringan keselamatan sosial untuk melindungi mereka kerana apabila berlaku kemalangan, sekurang-kuranganya mereka dibantu. Inilah cara kita membantu," katanya.


Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2022 serta dua lagi RUU lain berkaitan kawal selia komuniti p-hailing.


Dua RUU lain yang diluluskan itu adalah RUU Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2022 dan RUU Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2022.


Tiga RUU yang dibentang itu adalah bagi memberi punca kuasa kepada Kementerian Pengangkutan mengawal selia komuniti p-hailing.


Menurut naskhah biru yang dikeluarkan Parlimen, kenderaan p-hailing, bermaksud suatu kenderaan motor yang digunakan untuk membawa barangan dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi caj setiap barangan itu yang mana perkiraan, penempahan atau transaksi dan caj perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih disediakan suatu perniagaan pengantaraan.

 

- Caruman PERKESO adalah 'insurans' supaya anda dilindungi sekiranya terjadi kemalangan semasa bertugas. Ini adalah satu perlindungan yang baik dan berfaedah untuk anda! -

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
  Beliau berkata, berbeza dengan permohonan untuk mendapatkan GDL, penunggang hanya perlu…
Berita Domestik
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ia dilakukan setelah mengkaji demografi…
Berita Domestik
Kabinet telah membenarkan Kementerian Pengangkutan dan agensinya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (…