Lesen Terbang: Rakyat Malaysia ditahan di Australia

oleh Mohamad Hanif|
Isu lesen terbang bukanlah satu perkara baharu di Malaysia, namun ada sesetengah pihak yang kini berani menggunakan dokumen palsu tersebut ketika berada di luar negara.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut hantaran terbaharu di laman Facebook NSW Police Force, pihak mereka berjaya mengesan penggunaan lesen memandu Malaysia palsu ketika menahan pesalah trafik.

Kejadian berlaku pada 22 Disember 2021, tepat jam 2.00 petang di mana sebuah Honda Accord telah ditahan di Murrumbidgee Avenue Griffith kerana memandu pada kelajuan 113 km/j pada zon 100 km/j.
 

lesen L


Pemandu wanita berusia 26 tahun yang berasal dari Malaysia itu kemudian menunjukkan sekeping kad yang menyerupai lesen memandu Malaysia, namun semakan mendapati dokumen tersebut merupakan lesen palsu berdasarkan nombor siri yang tidak konsisten.

Malah, wanita itu juga sebenarnya masih lagi memegang lesen pelajar yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa New South Wales!

Ketika ditanya, pemandu tersebut mengakui meminta bantuan seseorang untuk mendapatkan dokumen palsu tersebut.

 


Tiga notis telah dikeluarkan terhadap pemandu wanita itu:
1. Tidak ditemani oleh pemandu berlesen/pegawai polis atau penguji
2. Tidak mempamerkan plet L seperti yang diperuntukkan
3. Pemegang Lesen L memandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan.

Difahamkan, wanita terbabit telah pun menetap di New South Wales sejak enam tahun yang lalu.

Siasatan lanjut dengan Interpol turut mengesahkan lesen memandu yang dipegang oleh wanita itu merupakan dokumen palsu, dan wanita itu telah disabitkan ke Griffith Local Court pada 13 April 2022 atas sebab yang disebutkan tadi.

Sumber: FB NSW Police Force

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek mulanya dilihat menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan…
Berita Domestik
"(Ia) termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan…
Berita Domestik
Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta…