'Lesen Terbang' - JPJ kesan iklan di Facebook

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan satu lagi iklan lesen terbang yang dipromosikan menerusi laman sosial Facebook sejak beberapa hari lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

JPJ menerusi hantaran di Facebook berkata, iklan berkenaan dimuat-naik pemilik akaun Facebook dikenali Farizal Bakri di pelbagai ‘group’ Facebook.

 

Menurutnya, pemilik akaun berkenaan menawarkan promosi lesen kereta jenis D dengan harga RM599 serta lesen B2 dan D dengan harga RM800 terhad kepada 20 individu terawal sahaja.

 

“Kami ingin memaklumkan bahawa iklan tersebut adalah palsu.

 

“Lebih berani, pemilik akaun Facebook itu turut meletakkan nombor telefon bimbit iaitu 0122810286 bagi memancing orang awam supaya tertipu,” katanya.

 

Katanya, JPJ memandang serius terhadap sindiket lesen terbang itu dan siasatan lanjut akan dilakukan termasuk membuat laporan kepada pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).

 

“Susulan itu, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sahih,” tegasnya. 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek mulanya dilihat menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan…
Berita Domestik
"(Ia) termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan…
Berita Domestik
Sumber berkata, semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2021 dan 2022 serta…