Lesen syarikat lori terlibat dalam kemalangan di Gerik dibatal serta-merta

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Berikutan kejadian kemalangan menyebabkan kematian bayi di Gerik pada 29 Oktober lalu, lesen pengendali syarikat lori Mun Enterprises yang menjadi punca kemalangan tersebut telah dibatalkan serta-merta.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Menurut laporan dari BERNAMA, pihak APAD telah memberitahu bahawa tindakan itu telah diambil berikutan kegagalan syarikat tersebut dalam sesi Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) , ditambah dengan rekod kesalahan lampau dengan JPJ.

 

2

 

Semasa kejadian yang berlaku pada 29 Oktober lepas, bayi berkenaan maut setelah kereta dinaiki bersama keluarganya melanggar muatan siling yang terjatuh dari lori terbabit.

Menurut laporan, pemandu lori terbabit sempat melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ditahan di sekatan jalan raya berdekatan Batu Melintang, Jeli, Kelantan pada hari yang sama.

Sumber: BERNAMA

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
  Contohnya, polisi industri yang dibayar sekarang oleh pengamal e-hailing tidak begitu lengkap…
Berita Domestik
Manakala bagi jawatan kelas bawahan, hanya 178 orang pegawai penguatkuasa SPAD yang akan menerima…
Berita Domestik
Ketidaktentuan terhadap nasib para pekerja itu timbul setelah diberitahu oleh pihak pengurusan…