Lesen motosikal - Parlimen Jerman turunkan usia dari 16 ke 15 tahun

oleh HEZERI SAMSURI|
Parlimen Jerman telah bersetuju untuk menurunkan had usia mendapatkan lesen menunggang dari 16 tahun kepada 15 tahun.

Kerajaan Jerman sudah memulakan kajian berkaitan penurunan usia tersebut sejak tahun 2013 di negeri-ngeri Jerman Timur kerana faham masalah penduduk pendalaman di wilayah itu yang sukar mendapatkan khidmat pengangkutan awam.

Setelah siap kajian, parlimen negara itu bersetuju untuk mengubah undang-undang dan membenarkan mereka yang berusia 15 tahun untuk mengambil lesen motosikal.

Walaupun undang-undang sudah diluluskan, terpulang kepada negeri-negeri di Jerman untuk menggunakannya. Namun begitu, negeri-negeri pendalaman dijangka akan segera melaksanakannya.

Pemberian lesen sebenarnya mampu membantu memberikan perlindungan secukupnya seperti insurans dan hak undang-undang, berbanding dengan penunggang yang tidak mempunyai lesen.

Ia juga membantu masalah pengangkutan di kawasan yang sukar mendapat perkhidmatan pengangkutan awam.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Nak terbang dron perlu dapatkan kelulusan CAAM,” katanya menjawab pertanyaan Tajuddin Abdul Rahman…
Berita Domestik
"Sebaik sahaja pemandu mendapat lesen e-hailing, sistem itu secara automatik akan mengubah…
Berita Domestik
Laporan yang dikeluarkan oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) yang berpusat di…