Lesen memandu tamat April dan Mei - tak perlu "renew" sehingga 31 Mei

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini berkata Kementerian Pengangkutan akan mewartakan pengecualian pembaharuan Lesen Memandu dan lesen Kenderaan Motor (LKM) yang tamat tempoh pada April dan Mei ini sehingga 31 Mei.

Namun begitu, bagi lesen memandu dan LKM yang tamat bulan Februari lepas dan Mac pula, mereka mempunyai dua bulan untuk memperbaharuinya bermula 1 April ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tujuan penangguhan ini ialah untuk mengelakkan kesesakan di pejabat-pejabat JPJ dan juga kerana beberapa negeri masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan. 

Di bawah ialah dua pengecualian yang bakal diwartakan:

  • Lesen Memandu dan LKM yang tamat antara 1 Februari hingga 31 Mac 2021 perlu memperbaharuinya dalam tempoh 60 hari bermula 1 April hingga 31 Mei 2021.
  • Lesen Memandu dan LKM yang tamat pada mana-mana tarikh antara 1 April hingga 31 Mei 2021 perlu memperbaharuinya dalam tempoh 60 hari bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai.

Pengecualian ini tidak diberikan kepada:

  • Pemilik Kenderaan Perdagangan
  • Pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV).

Pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang lesen GDL dan PSV boleh memperbaharui lesen-lesen mereka di semua kaunter pejabat JPJ, APAD, LPKP Sabah dan LKPK Sarawak di sepanjang tempoh PKP.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Global
Namun, tidak semua maklumat boleh ditukar dengan mudah lagi-lagi yang berkenaan sifat fitrah semula…