Lesen memandu asing boleh ditukar kepada lesen Malaysia bermula esok

oleh HEZERI SAMSURI|
Rakyat Malaysia yang memperolehi lesen memandu di negara asing boleh menukarkannya kepada lesen memandu Malaysia yang sah melalui pelaksanaan pertukaran lesen yang akan berkuat-kuasa mulai esok.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid menegaskan ia hanya melibatkan rakyat Malaysia yang mendapatkan lesen memandu di luar negara.

Selain dari itu, peserta program Malaysia My Second Home turut berpeluang menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan lesen memandu Malaysia.

Permohonan perlu mengikut peraturan ini:

  • Permohonan hanya boleh dilakukan di ibu pejabat JPJ dan pejabat JPJ negeri sahaja.
  • Lesen memandu negara luar itu masih sah dan berkuatkuasa.
  • Lesen memandu negara asal itu hanya boleh ditukarkan kepada lesen memandu percubaan Malaysia (Lesen P) dan diwajibkan menurut undang-undang untuk pemegang lesen P.
  • Pemegang lesen memandu dari negara yang tidak mengikut Konvensyen 1949, negara di luar ASEAN (Perjanjian Negara ASEAN 1985) dan tidak mempunyai Perjanjian Pengiktirafan Bersama (MRA) dengan Malaysia wajib menduduki kelas dan ujian teori undang-undang sahaja.

Warganegara yang mempunyai perjanjian dengan Malaysia masih dibenarkan memandu menggunakan lesen memandu negara itu selagi lesen itu tidak tamat tempoh dan bukan lesen memandu percubaan, lesen sementara atau lesen belajar memandu.

Penggunaan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) juga akan diwajibkan, terutama kepada pemandu yang mempunyai kad lesen memandu tanpa terjemahan dalam Bahasa Inggeris.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Global
Namun, tidak semua maklumat boleh ditukar dengan mudah lagi-lagi yang berkenaan sifat fitrah semula…