Lesen gerenti lulus - pegawai JPJ dalang utama!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan akhbar daripada Sinar Harian mendedahkan bahawa lesen gerenti lulus yang ditawarkan oleh segelintir sekolah memandu terutamanya yang beroperasi secara haram dikesan dibantu oleh ‘orang dalam’ iaitu individu yang berkhidmat dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri.

Sumber mendedahkan kepada wartawan Sinar Siasat bahawa terdapat pegawai JPJ menerima habuan ‘duit kopi’ dengan menerima wang sogokan untuk lesen gerenti lulus tersebut.

Kata sumber dalaman itu, antara yang sudah dikesan dan kini dalam pemantauan pihak berkuasa ialah sebuah pusat ujian memandu di Hulu Langat.

“Kami tidak menolak kemungkinan pembabitan pegawai JPJ dalam kes ini. Aktiviti melibatkan pusat ujian di Hulu Langat itu sebenarnya sudah lama berlaku. “Ada pusat memandu haram yang menyediakan wang sogokan kepada pegawai JPJ bertugas untuk meluluskan pelajar mereka.
 


“Walaupun di atas kertas pelajar itu ditulis gagal, dengan sedikit bayaran keputusan itu boleh diubah. Bayaran untuk setiap ujian berbeza antara motosikal dan kereta,” kata sumber itu kepada Sinar Siasat.

Lebih mengejutkan, menurut sumber itu, pegawai JPJ di pusat ujian memandu tersebut juga seperti ‘kebal’ dan pada masa sama bijak menyembunyikan kegiatan itu. “Setiap pegawai JPJ yang bertugas di situ tahu siapa pelajar yang sudah bayar untuk lesen gerenti lulus tersebut dan pegawai itu meluluskan pelajar berkenaan walaupun sepatutnya mereka gagal,” katanya.

Dalam pada itu, sumber turut mendedahkan, ada kes sekolah memandu tersebut juga menguruskan ujian berkomputer gerenti lulus.

Jelasnya, seseorang pelajar itu tidak perlu hadir untuk menjalani ujian berkomputer sebaliknya boleh digantikan dengan orang lain.

"Kegiatan ini dikesan melibatkan bayaran antara RM800 dan RM1,200,” kata sumber itu - SINAR HARIAN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Global
Namun, tidak semua maklumat boleh ditukar dengan mudah lagi-lagi yang berkenaan sifat fitrah semula…