Lesen e-hailing boleh digantung jika caj melampau

oleh HEZERI SAMSURI|
Lesen operator perkhidmatan e-hailing boleh digantung sekiranya terbukti ia mengenakan caj melampau kepada pelanggan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri We Ka Siong berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tekah diarahkan untuk menyiasat kadar surcaj yang telah dipersetujui pada 2019.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut beliau, operator e-hailing mengenakan caj antara 70 ke 90 sen untuk setiap kilometer dan mereka boleh mengenakan caj tambahan (surcaj) menurut peraturan yang wujud berdasarkan permintaan dan sistem harga dinamik.

"Namun begitu, harga tambang yang dicaj tidak boleh melampaui 200 peratus dari harga tambang asas," katanya.

Syarikat e-hailing juga tidak patut terus menerus mengenakan tekanan kepada kerajaan dengan pelbagai permintaan.

"Jika tidak, pihak Kementerian Pengangkutan terpaksa mengambil alih industri e-hailing dengan mengenakan undang-undang regulasi untuk industri itu," sambungnya lagi.

"Jangan paksa saya. Kami tidak mahu kenakan regulasi kerana kami tidak mahu mengganggu ekonomi gig ini dan kerana itu kita perlu menekankan operasi yang harmoni."

Wee berkata tidak adil untuk operator e-hailing menuduh pihak kementerian tidak membantu industri itu kerana kerajaan telah memudahkan urusan untuk mengambil pekerja.

Operator e-hailing mahukan kerajaan tidak lagi mengenakan syarat untuk pemandu e-hailing mengambil lesen kenderaan perkhidmatan penumpang (PSV).

"PSV itu ialah satu polisi yang jelas dan tidak boleh dipertikaikan," ujar Wee.

Menteri itu meminta pelanggan-pelanggan yang dikenakan caj empat kali ganda lebih tinggi dari caj tambang biasa untuk tampil ke hadapan dan membuat laporan rasmi agar tindakan boleh dikenakan kepada operator.

Wee berkata sehingga kini, terdapat 28 syarikat e-hailing yang beroperasi di Lembah Klang.

Dalam masa yang sama, Wee juga menyangkal dakwaan FOMCA dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa kementeriannya lebih menyebelahi operator e-hailing.

* Laporan dari Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kerjasama tersebut bertujuan untuk menyediakan akses lebih mudah kepada EV, mengurangkan pelepasan…
Berita Global
Menurut pengumuman awal minggu ini, Grab bercadang untuk memperkenalkan lebih banyak kereta mesra…
Berita Domestik
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini…