Leoncino 500 bagai kepulangan legenda Benelli

oleh Careta.my|
Leoncino 500
Leoncino 500
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Benelli yang kini diedarkan oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd hari ini memperkenalkan satu lagi model motosikal untuk pasaran tempatan iaitu Benelli Leoncino. Motorsikal gaya retro Leoncino 500 ini akan mula ditawarkan oleh Benelli Malaysia pada separuh kedua tahun 2017 ini. Model ini menggabungkan tradisi, mitos, semangat dan gaya kontemporari serta innovasi dan prestasi yang bersesuaian dengan lagenda motorsikal Itali yang banyak menyumbang kepada sejarah jenama itu sendiri. dan hari ini menemui identitinya sendiri dalam dunia yang serba moden ini. Leoncino Maroon OTR Leoncino menggunakan rim 17’ aloi yang disalut tayar 120/70-ZR17 di hadapan, dan 160/60-ZR17 di belakang. Suspensi hadapan nya berdiameter 45mm dan menggunakan teknologi fork terbalik, dipadankan lengan ayun belakang yang dialas penyerap kejutan sisi. Kuasa hentian pula dibekalkan oleh sistem ABS yang mengawal empat angkup atau kaliper brek hadapan yang mencengkam cakera 320mm dan dipadankan dengan cakera 260mm satu angkup pada roda belakang. Leoncino Grey Enjin 500cc dwi selinder empat lejangnya disuap suntikan bahanapi kawalan elektronik, dengan sistem pemasaan injap DOHC serta yang mengawal empat injap pada setiap silinder, dan dilaporkan menghasilkan kuasa maksima 47 hp pada 8500 rpm dengan penghasilan tork maksimum sebanyak 45 Nm. Sistem takungan basah menangani keperluan pelincirannya, dengan klac hidraulik dan kotak gear 6-kelajuan. Rangka trellis menjanjikan pengendalian mantap dalam semua keadaan tunggangan. Fender atau madgad hadapannya memaparkan ikon Singa Pesaro, begitu juga pada tangki bahan api dan tempat duduk penunggang. Paparan meternya adalah dalam bentuk digital dan lampu utamanya merupakan jenis projektor dengan teknologi LED. Leoncino serba baharu ini membawa konsep gaya asal motorsikal klasik yang menjanjikan gaya sporty dan tunggangan yang mengujakan. Leoncino Maroon 1  Leoncino Maroon - Front View  Leoncino Grey - Front View Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd En. Asri Ahmad berkata, “Leoncino dijadualkan sebagai salah satu motorsikal yang akan tiba di Malaysia. Ia akan menjadi sebuah model yang mudah didapati dengan harga yang kompetitif yang akan diumumkan kemudian.” Benelli Malaysia juga mengumumkan bahawa Benelli Malaysia akan mengeksport dua model (RFS 150i dan TNT 135) ke Taiwan, Vietnam dan akan turut menyasarkan negara ASEAN yang berhampiran. Untuk maklumat lanjut tentang Benelli Malaysia, sila layari laman sesawang www.benelli.my atau laman Facebook www.fb.com/malaysia.benelli Leoncino Maroon