Tatkala perlumbaan pusingan ketiga membawakan format yang serupa dengan pusingan pertama dan kedua, pusingan terakhir pula membawakan cabaran berbeza di mana ia menampilkan format endurans 300 km serta poin berganda untuk pemenang.
Meskipun berhadapan dengan pelbagai isu melibatkan jentera Suzuki Swift yang dipandunya, Leona Chin bersama rakan sepasukan Akina Teo menunjukkan kemahiran masing-masing, serta semangat yang tinggi untuk sedaya upaya menghabiskan perlumbaan.
Setelah 52 pusingan dan lebih dua jam perlumbaan, jentera #7 Suzuki Swift berjaya melintasi garisan penamat yang menobatkan mereka sebagai pemenang 300KM MTC, malah muncul sebagai juara keseluruhan dalam kategori tersebut.
Pencapaian ini merupakan satu momen yang bermakna buat Leona, memandangkan beliau sebelum ini turut berjaya memenangi perlumbaan endurans Sepang 1000KM 2021 yang dianjurkan pada bulan November lalu.