Lengkapkan Suzuki GSX-R1000 anda dengan kit gentian karbon dari Ilmberger Carbon

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana menciptakan bahan material yang paling seksi atas dunia ini, iaitu gentian karbon. 

Kalau bukan kerana gentian karbon yang kuat tapi ringan itu, dan corak-corak yang ikonik itu, penampilan sesebuah kereta atau motosikal itu seakan biasa-biasa sahaja. 

 


Jika anda inginkan bahan tersebut pada motosikal terbaharu anda, sebagai contoh Suzuki GSX-R1000, Ilmberger Carbon kini menghasilkan beberapa komponen untuk dimuatkan pada jentera satu liter tersebut. 

Pakej yang dijual ini terdiri daripada beberapa komponen seperti:

  • pelindung alternator
  • bellypan
  • pelindung rantai
  • pelindung klac
  • pelindung rangka 
  • mudguard hadapan
  • pelindung tumit
  • hugger
  • pelindung swing arm
  • tangki bahan api 
  • pemegang nombor plet
     


Menurut Ilmberger Carbon, pemasangan komponen-komponen yang disebutkan di atas sememangnya membantu mengurangkan lagi berat bersih Suzuki GSX-R1000, terutamanya pada pelindung alternator dan pelindung klac pada kedua-dua bahagian sisi. 

Pengeluar itu juga menjamin produk mereka tahan kepada sinaran ultra-violet, selain mematuhi undang-undang pencemaran alam sekitar dan disahkan oleh TUV/ABE (DOT di US). 
 


Kit gentian karbon untuk Suzuki GSX-R1000 ini dijual pada harga €3,858.30  (RM17,740 mengikut kadar pertukaran matawang semasa) sahaja dan sekiranya anda berminat, boleh terus ke laman web Ilmberger Carbon yang sarat dengan bahasa Jerman itu.
 

Sumber: Ilmberger Carbon melalui RideApart

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek super dron AZ1000 yang dihasilkan oleh Arase Aizawa Aerospatiale LLC itu diperlihatkan…
Pelancaran Motosikal
Mengambil alih peranan Suzuki Assemblers Malaysia, Suzuki Malaysia Sdn Bhd kini merupakan…