Lencongan laluan motosikal LSA untuk kerja pembinaan WCE Taiping-Banting

oleh Mohamad Hanif|
Pengendali lebuh raya West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) memaklumkan pelaksanaan lencongan trafik sementara bagi laluan motosikal ke laluan kecemasan utama di Lebuhraya Shah Alam (LSA).

Ia bertujuan untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan Persimpangan SAE, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taipijng-Banting) dibuat.

Lencongan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat di kedua-dua arah bermula 14 Disember 2023 hingga 15 Januari 2024 di lokasi berikut:
1. KM 22.7 – 23.1 & KM 24.0 – 24.3 (Arah Timur)
2. KM 24.3 – 24.0 & KM 23.1 – 22.9 (Arah Barat)

Pengguna lebuh raya LSA dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik di lokasi sepanjang tempoh pelaksanaan lencongan tersebut.

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, lebuh raya itu akan dihubungkan dari Pending melalui Kota Samarahan, Lingga dan…
Berita Domestik
Menurutnya, walaupun pada peringkat awal, sistem smart lane menimbulkan kebimbangan terutamanya…
Berita Domestik
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga gagal mengelak kereta dipandu pemuda itu…