Lembu berkeliaran ganggu lalu lintas ditangkap!

oleh SALINA JALIL|
Majlis Perbandaran Klang (MPK) melaksanakan Operasi Tangkapan Lembu Berkeliaran bersama beberapa agensi berkaitan di sekitar Bandar Botanik semalam.


Yang Dipertuanya (YDP), Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, operasi itu bertujuan untuk mengatasi masalah lembu berkeliaran yang menyebabkan kacau ganggu dan mengundang risiko kepada pengguna lalu lintas di sini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Beliau berkata, sebelum ini, premis yang dijadikan lokasi penyimpanan lembu-lembu berkenaan telah dirobohkan oleh MPK berikutan tapak itu merupakan tanah rizab kerajaan negeri yang diselaras oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

 

"Penternak-penternak terlibat juga telah diberikan notis sebelum ini untuk memindahkan haiwan berkenaan ke tempat lain, namun sebahagian daripada mereka masih berdegil.

 

"Disebabkan itu lembu-lembu berkenaan berkeliaran dan keadaan ini menyebabkan kacau ganggu buat pengguna lalu lintas di sini," katanya lagi.

 

Mengulas lanjut, Ahmad Fadzli berkata, pihaknya telah melaksanakan sebanyak 28 operasi sejak Januari sehingga Disember tahun lalu melibatkan kes haiwan ternakan berkeliaran.

 

Bagi tempoh sama pada tahun lalu, Ahmad Fadzli berkata, pihaknya menerima sebanyak 52 aduan daripada orang ramai melibatkan isu haiwan ternakan berkeliaran.

 

"Setiap pesalah yang dikenalpasti akan dikenakan tindakan di bawah Enakmen Mengawal Kerbau 1971," katanya.

 

 

 

sumber: SH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, individu terbabit meminta pengurangan kompaun namun dalam kes itu pihaknya tidak…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata dalam kejadian sekitar 3.10 pagi itu tiada…
Informasi
  "MDGM mengambil berat tentang masalah haiwan ternakan berkeliaran di kawasan kampung atau bandar…