Lelong kenderaan sita - bidaan tertinggi Honda Integra RM58,000

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Selangor telah melelong sebanyak 135 buah kenderaan dan mencatatkan kutipan sebanyak RM527,878 menerusi acara Lelongan Awam Kenderaan Sita Siri 3/2022 di Seksyen 7, di Shah Alam pada Isnin.


Pengarah JPJ, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, pelbagai jenis yang disita sejak lima tahun lalu terjual dalam acara lelongan berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

135 kenderaan yang disita JPJ Selangor telah dilelong setelah mendapat arahan lucut hak daripada mahkamah.

 

Dalam sidang media yang diadakan pada Isnin, Khairul berkata bahawa secara keseluruahan 180 dokumen lelongan berharga RM70 setiap satu telah terjual dan telah  mendapat sambutan daripada individu persendirian dan ada juga pemilik bengkel yang hadir. 

 

Jumlah pembida yang hadir pada acara berkenaan adalah seramai 92 orang manakala harga bidaan tertinggi dicatatkan adalah membabitkan sebuah kereta jenis Honda Integra sebanyak RM58,000.

 

Antara kenderaan yang disita adalah motosikal  (97 buah), kereta (17 buah), jip (tiga), bas (empat), van (empat), lori kargo am (dua), semi treler (satu).

 

Sinar Harian turut melaporkan bahawa JPJ Selangor telah mengutip lebih dari RM5 juta hasil daripada lelongan awam kenderaan sita sejak tahun 2019 hingga Isnin melibatkan sebanyak 483 buah kenderaan.

 

Kutipan daripada pelupusan secara lelongan awam di Selangor pada bulan Mac dan Julai lalu adalah sebanyak RM370,560 melibatkan 60 buah kenderaan pelbagai jenis.

 

Khairul turut berkata bahawa kesemua kenderaan terbabit disita daripada pemandu yang melanggar peraturan trafik dan tidak dituntut dalam tempoh ditetapkan selepas notis peringatan dikeluarkan kepada pemilik.

 

"Antara kesalahan dilakukan pemilik kenderaan terbabit adalah kereta klon, tiada lesen memandu, memandu bawah umur, mengganggu nombor chasis, dan kenderaan potong-sambung," jelasnya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Keseluruhan 100 kenderaan sita telah dilelong hari ini (9 Oktober). Daripada jumlah itu, 34…
Berita Domestik
Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPJ Melaka Muhammad Nasroul Mohd Sukeri berkata, sehingga…