Lelaki, wanita ditemui mati dalam Satria Neo di parkir stesen minyak

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Seorang lelaki dan seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diparkir di sebuah stesen minyak di Muadzam Shah, Rompin pada Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa dipercayai pemandu dan penumpang kereta jenis Proton Satria Neo itu ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan yang berkunci.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, kejadian dilaporkan jam 4.10 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah ke lokasi untuk bantuan.

"Pihak bomba bertindak membuka pintu menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa telah meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, jenama tersebut nampaknya tidak mampu untuk bertahan lama di dalam dunia moden hanya selepas…
Informasi
Pada tahun 1886, Karl Benz mula mempatenkan kenderaan pertama ciptaan beliau iaitu Benz Patent-…
Berita Domestik
Razali, 82 tahun, mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian kepala. Beliau…