“Siasatan yang dijalankan mendapati kes itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, Ahad lalu. Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana berang apabila mangsa yang memotong barisan semasa kesesakan lalu lintas.
“Pihak polis turut merampas sebatang rotan bersaiz besar yang digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut Raub, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah tetapi tidak dalam senarai dikehendaki.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.