“Kita buat macam ni supaya mereka tak claim. Kalau tak, (walaupun) kita pakai duit sendiri, orang akan claim. Faham tak? Nasib baik faham,” ujarnya dalam video itu.
Menurut pengendali akaun X Naratif Rakyat, video itu dirakam di Taman Sentosa, Klang, Selangor.
Di ruangan komen, beberapa netizen turut mempertikaikan pihak berwajib di kawasan berkenaan yang didakwa gagal menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.
“Kesian rakyat kita. Kena keluar duit sendiri padahal kita bayar cukai.
“Setiap motor, kereta lalu atas jalan ni, dia dapat pahala mengalir free.
“Tunggu YB lambat lagi la,” tulis netizen secara sinis.
Untuk rekod Taman Sentosa di Klang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa di bawah Parlimen Kota Raja.