"Siasatan awal mendapati 'ulat' memujuk dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada tiga penumpang warga Bangladesh dari Terminal 1 KLIA ke Agile Residence, Bukit Bintang dengan kadar tambang RM80 yang akan dibayar setibanya di destinasi," katanya dalam kenyataan.
Katanya, tindakan diambil mengikut Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010) yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
"Individu yang bersubahat dalam aktiviti 'ulat' turut boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1) akta sama," katanya.
Sementara itu, JPJ turut menasihatkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan sah melalui kaunter rasmi di Terminal 1 dan 2 KLIA atau tempahan e-hailing berdaftar.
"Sebarang aduan boleh disalurkan kehttps:// [email protected] atau melalui aplikasi e-aduan@JPJ," katanya.