Lelaki Singapura mengaku beri rasuah untuk memperoleh lesen memandu Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki warga Singapura dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memberikan rasuah untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia, memandu dengan lesen palsu di Singapura, saman parkir dan pelbagai kesalahan yang berkaitan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Zhang Weida, 35 tahun mengaku bersalah atas 30 tuduhan yang melibatkan kesalahan trafik. 

Sebelum ini pihak Land Transport Authority (LTA) telah menyiasat lelaki ini setelah menemukan dua buah lesen memandu Malaysia di dalam kereta BMW-nya. 

Siasatan mendapati Zhang telah membayar kepada pihak yang tidak diketahui sebanyak RM7,000 untuk mendapatkan lesen memandu Malaysia yang sah pada tahun 2009.

Menurut Zhang, dia ditemukan oleh pihak yang tidak diketahui ini menerusi kawannya di Kuala Lumpur yang mendakwa kenal seseorang daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
 

gambar hiasan, sumber Autoworld

Zhang kemudian membayar menggunakan perkhidmatan Western Union sebelum mengutip lesen memandu di Sheng Siong, Singapura tanpa mengambil sebarang ujian teori dan ujian pemanduan. 

Siasatan lanjutan turut menemukan dua buah kereta (Suzuki Swift Sport dan BMW 320i) dengan nombor pendaftaran Malaysia yang dibeli di Malaysia dan dipandu di Singapura tanpa memiliki lesen memandu sah. 

Kedua-dua buah kereta itu telah dirampas oleh Urban Redevelopment Authority (URA) kerana memiliki saman parkir tertunggak. 

Menariknya, kedua-dua kereta tersebut sebenarnya didaftarkan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan tidak memiliki unit ERP (Electronic Road Pricing) langsung. 
 


Disebabkan saman parkir dan bayaran ERP yang tertunggak, pemilik sebenar Suzuki Swift yang didaftarkan dengan nombor pendaftaran itu, Ms Wong telah dihalang daripada memasuki Singapura menerusi Woodlands Checkpoint.

Ms Wong juga turut menerima saman daripada URA yang menuntut bayaran tunggakan saman parkir, dan ini memaksa wanita itu membuat laporan polis untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah. 

Manakala kereta BMW itu pula dibeli dari pengedar kereta di Malaysia dan dimiliki sejak Mei 2017 dengan nombor pendaftaran palsu dan turut memiliki tiga kesalahan parkir dalam tiga situasi yang berbeza di Singapura. 

Sumber: Channel News Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…