Lelaki putus kaki digilis lori

oleh Hamimah Hamid|
GARA-GARA menunggang motosikal terlalu dekat dengan lori, seorang lelaki cedera parah digilis dalam kejadian di Kilometer 111 Jalan Ipoh - Butterworth, dekat Kerian pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Rofique Muhammad Amin, 35 tahun, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) putus kaki kiri digilis lori tanah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kemalangan terbabit berlaku pukul 9 pagi ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamah 135LC dalam perjalan dari Bagan Serai menghala ke Parit Buntar

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa bersebelahan tayar belakang lori tiba-tiba hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan raya.

“Pemandu lori yang datang dari arah yang sama dengan mangsa tidak sempat mengelak dan telah menggilis mangsa.

‘Pemandu lori bagaimana pun tidak mengalami sebarang kecederaan. Motosikal mangsa remuk dan rosak teruk  di semua bahagian.” katanya.

Menurut Mazuki, mangsa yang parah telah dihantar ke Hospital parit Buntar untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.