Lelaki maut van dipandu rempuh kedai runcit

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG lelaki maut setelah van yang dipandunya merempuh sebuah kedai runcit di Kampung Simpang 5, Parit Buntar pagi tadi.

Mangsa, Ezrul Azmi, 33 tahun yang berasal dari Taman Kerian, Parit Buntar disahkan maut di lokasi kejadian.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 8 pagi anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan jalan raya membabitkan sebuah van pekerja yang telah melanggar sebuah kedai runcit, menyebabkan seorang mangsa iaitu pemandu, tersepit," katanya.

Beliau berkata, anggota bomba kemudian menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit dan menyerahkannya kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ros Azri Abd Rahman itu tamat pada jam 8.42 pagi.