Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 10.20 malam ketika mangsa yang berasal dari Kampung Lasing menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dari arah Nalapak menuju ke kampung halamannya.
Siasatan awal mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah bertentangan.
“Impak kuat perlanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak sejauh kira-kira 17 meter dari tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala, badan, tangan dan kaki,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut beliau, pemandu bas ekspres terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Ranau untuk tujuan bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ) 1987.
Sumber: Harian Metro – Lelaki maut tercampak 17 meter, motosikal bertembung bas ekspres