Lelaki maut, rakan parah dilanggar Toyota Hilux ketika tukar tayar

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas mereka dilanggar sebuah kereta ketika sedang menukar tayar kenderaan di Kilometer 8, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di Johor Bahru semalam.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, kemalangan yang berlaku pada pukul 11.15 pagi itu melibatkan Proton Waja dinaiki kedua-dua mangsa dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya, kejadian berlaku apabila tayar bahagian hadapan Proton Waja pecah semasa kedua-dua mangsa yang berusia 55 dan 40 tahun dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Skudai.

 

“Mangsa pertama memberhentikan kereta di lorong tengah jalan dan menukar tayar dibantu mangsa kedua sebelum sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang Proton Waja berkenaan.

 

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang berusia 55 tahun cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya cedera parah dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Beliau turut memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…
Berita Domestik
Mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, meninggal dunia kira-kira pukul 12.37 pagi ketika menerima…