Lelaki maut, Kancil terbabas dalam parit

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Utama Dato Seri Kamarudin, dekat Manjung awal pagi tadi.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Adde Noor Othman berkata, mangsa yang berumur 38 tahun maut akibat tersepit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Adde, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.05 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati nahas melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil yang terbabas masuk ke dalam parit sedalam 7 meter.

"Pasukan bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk membawa keluar mangsa yang tersepit," katanya. 

Mangsa yang disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.