Lelaki maut dilanggar ketika tolak kenderaan rosak

oleh Penyumbang Rencana|
foto IPD Kluang
Tindakan seorang lelaki menolak kenderaannya yang rosak ke lorong kecemasan, mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori tangki dalam nahas di kilometer (KM) 53.2, Lebuhraya Utara-Selatan (Arah Utara), di Kluang awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V dengan sebuah lori tangki.
BHPetrol Diesel B7 MREC Banner Campaign July 2024
JAECOO J7 MREC Banner Campaign July 2024

“Siasatan awal mendapati SUV berkenaan secara tiba-tiba mengalami kerosakan di lorong kiri telah berhenti secara mengejut sebelum pemandunya turun untuk menolak keretanya itu ke lorong kecemasan.

“Mangsa yang berusia 48 tahun kemudiannya dilanggar oleh sebuah lori tangki yang dipercayai tidak perasan keberadaan mangsa berikutan keadaan di lokasi yang gelap selain tiada lampu jalan.

“Akibat perlanggaran tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, ujian air kencing terhadap pemandu lori tangki didapati negatif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata demikian ketika…
Berita Domestik
Katanya, 10 anggota bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong…
Berita Domestik
Pokok dianggarkan sebesar dua pemeluk dewasa atau ukur lilit kira-kira dua meter itu tumbang…