Lelaki Malaysia Didakwa Tawar Suapan S$50 Kepada Polis Trafik Singapura

oleh Qalif Latif|
Seorang lelaki Malaysia berusia 44 tahun didakwa di Mahkamah Singapura pada 7 November selepas didakwa cuba menawarkan suapan sebanyak S$50 (kira-kira RM175) kepada seorang anggota polis trafik republik itu.

Tertuduh, Lee Keh Meng, didakwa melakukan perbuatan itu bagi memujuk anggota polis, Ahmad Hafiz Bin Abdul Sukur, supaya tidak melaporkan kes penggunaan perkhidmatan e-hailing rentas sempadan tanpa kebenaran pada 23 Oktober 2025.

Tertuduh, Lee Keh Meng, didakwa menawarkan wang tersebut bagi memujuk anggota polis, Ahmad Hafiz Bin Abdul Sukur, supaya tidak melaporkan kes penggunaan perkhidmatan e-hailing rentas sempadan tanpa kebenaran pada 23 Oktober 2025.

Mothership.sg melaporkan bahawa anggota polis berkenaan menolak suapan itu serta-merta sebelum kes tersebut dirujuk kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) oleh Pasukan Polis Singapura.

Lee kini berdepan satu pertuduhan di bawah Seksyen 6(b) Akta Pencegahan Rasuah Singapura. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga S$100,000 (kira-kira RM350,000), atau kedua-duanya sekali.

CPIB dalam kenyataannya menegaskan bahawa Singapura mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap rasuah.

Sumber: 
M'sian man, 44, allegedly offers S$50 bribe to S'pore traffic police over illegal cross-border ride-hailing service - Mothership.SG - News from Singapore, Asia and around the world

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Temerloh kira-…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang sudah berkhidmat 41 tahun di jabatan terbabit didakwa menerima…
Berita Domestik
Butiran Pertuduhan dan Hukuman Tertuduh, Ahmad Jamil Md Saru berusia 43 tahun disabitkan bersalah…