Lelaki Mabuk Rempuh Kawat Duri PKPD

oleh Penyumbang Rencana 2|
TIDAK sampai 12 jam  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, Ipoh, seorang lelaki telah melanggar kawat duri yang dipasang di lokaliti tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berusia 34 tahun itu berada dalam keadaan mabuk dan telah merempuh kawat duri tersebut kira-kira pukul 5 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Polis telah  menerima aduan dari seorang penduduk mengenai satu video yang tular sebuah motosikal telah melanggar kawat duri yang dipasang di situ.

“Hasil semakan pada nombor pendaftaran motosikal terbabit, anggota bertugas telah ke rumah lelaki terbabit dan dia didapati sedang  terbaring di atas tilam dalam keadaan cedera,” katanya.

skuter yang sangkut dikawat duri

ACP A. Asmadi berkata, hasil siasatan lelaki terbabit tidak tinggal di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2 dan dia memaklumkan tidak tahu kawasan tersebut dikenakan PKPD menyebabkannya terlanggar kawat duri.

Ujar beliau, lelaki terbabit bertindak balik ke rumah berjalan kaki ekoran motosikalnya tersangkut dan motosikal mangsa telah diambil rakan dan dihantar ke rumah.

Lelaki terbabit yang mengalami luka-luka kecederaan di kaki dan tangan telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital. 

ACP A. Asmadi berkata, siasatan lanjut berhubung kes terbabit sedang dijalankan. 

 

 

Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar