Lelaki kemalangan kereta ditemui selepas 2 hari

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang lelaki ditemui mati di dalam keretanya dua hari selepas dilaporkan hilang oleh isteri mangsa.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Datuk R. Rajasegaran, 45, ditemui di dalam keretanya yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di Kilometer 10, Jalan Seremban berhampiran dengan Port Dickson dalam perjalanan ke Lukut.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamad, pasukan polis yang melakukan rondaan di situ menemui bangkai kenderaan itu dalam jam 10.30 pagi semalam.

Kereta itu terbabas masuk ke ladang sawit bersemak. Laporan bedah siasat mendapati punca kematian ialah disebabkan oleh kecederaan-kecederaan akibat kemalangan kenderaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


*Laporan dan gambar utama dari The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Terdapat undang-undang sedia ada, apa pun denda yang dibenarkan di bawah undang-undang semasa,…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kereta jenis Nissan Sentra dalam keadaan merbahaya hingga…
Berita Domestik
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kedua-duanya dari arah rumah menghala ke masjid bagi…