Lelaki ini hantar bekalan doh biskut beku guna VW Golf ketika pandemik COVID-19

oleh Mohamad Hanif|
Kekurangan pelanggan yang ketara ketika wabak COVID-19 memaksa pemilik perniagaan terutama industri bakeri menggunakan apa cara untuk memastikan kelangsungan hidup, dan salah satu cara yang unik adalah menghantar sendiri tempahan kepada pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti contoh, kedai biskut Dapper Fox Bakery yang diuruskan oleh Alex Reponen masih mampu bertahan disebabkan permintaan berskala besar yang diuruskan sendiri, namun ketika membakar biskut lebihan untuk dihidangkan kepada isterinya, beliau mendapat satu idea baharu.

 


Idea Reponen lebih ringkas, menjual stok doh biskut beku kepada pelanggan individu, dan menurut beliau, "produk ini memenuhi apa yang orang ramai inginkan, mereka tidak dapat pergi ke kedai bakeri, akan tetapi mereka masih memerlukan sesuatu yang khas untuk dinikmati ketika berada di rumah, lebih-lebih lagi ketika wabak pandemik ini.

Lazimnya, sebuah van akan diperlukan untuk menguruskan hal-hal penghantaran produk, namun Reponen menggunakan Volkswagen Golf tahun 2012 miliknya sendiri untuk menghantar stok kepada para pelanggannya.

 


Menurut Reponen lagi, Golf itu tidak pernah sekali-kali meragam walaupun ia digunakan setiap hari, di mana dalam masa satu hari beliau memperuntukkan 10 jam untuk menghantar bekalan kepada 70 pelanggan secara purata.

Untuk memastikan bekalan doh biskut beku itu tidak terjejas ketika penghantaran, Reponen menggunakan sehingga enam bekas penyejuk untuk dimuatkan di dalam Golf-nya.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Harga bermula dari RM200,700 untuk Model Y, RM247,700 untuk Model Y Long Range dan RM289,700 bagi…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Toyota Motor akan menangguhkan sementara penghantaran bagi 10 buah…
Berita Global
Baru-baru ini syarikat tersebut telah menyatakan bahawa mereka akan melarang semua penghantaran…