Lelaki ini cipta 'traffic jam' dengan 99 peranti pintar

oleh Mohamad Hanif|
Seorang artis berbangsa Jerman, Simon Weckert berjaya mencipta 'kesesakan trafik' maya yang tersendiri di aplikasi Google Maps di Berlin, baru-baru ini.
Modenas

Dengan menggunakan hanya 99 buah peranti pintar, beliau menggunakan kereta sorong mainan kanak-kanak untuk membawa kesemua peranti yang masing-masing diaktifkan aplikasi Google Maps untuk melalui sebatang jalan di tengah bandar Berlin. 

Menerusi eksperimen Simon, paparan masa nyata Google Maps terus bertukar dari hijau kepada merah, di mana perkhidmatan pemetaan dari Google itu terpedaya dengan 'kesesakan trafik' di jalan tersebut. 
 


Menariknya, berdasarkan pemerhatian dan tindakannya itu, beliau berjaya 'mengosongkan' beberapa batang jalan daripada kesesakan trafik, termasuklah jalan menuju ke pejabat Google.

Ketika ditemubual oleh The Daily Mail, gergasi teknologi Google menjawab, "tak kira daripada sebuah kereta, kereta sorong mahupun seekor unta, kami suka untuk melihat kegunaan kreatif terhadap Google Maps, ia ternyata membantu kami untuk menjadikannya bekerja dengan lebih baik.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Perlanggaran di antara penunggang motosikal dan kenderaan yang lain di lorong kecemasan masih…
Berita Domestik
Teknologi LIDAR tersebut berupaya untuk mengesan kenderaan di hadapan, sekaligus memberikan amaran…
Berita Domestik
Majlis pemeteraian ini mengambil tempat di Program Hari Inovasi Keselamatan Jalan Raya yang…