Lelaki ini berjaya lengkapkan koleksi Yamaha RX-Z Catalyzer tahun 2003 hingga 2011

oleh Danial Yasin Suhaimi|
RX-Z sememangnya merupakan sebuah model keluaran Yamaha yang menjadi kegilaan golongan jejaka tidak mengira usia, dari keluaran model tahun 1985 dengan transmisi 5 kelajuan hinggalah keluaran yang terakhir iaitu Catalyzer dengan transmisi 6 kelajuan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Semenjak keluaran pertama pada tahun 1985 dengan transmisi 5 kelajuan, RX-Z telah dikembangkan dengan beberapa generasi, antara yang popular dari keluaran 6 kelajuan pertama tahun 1989, Boss Energy, Millenium dan Catalyzer.

Baru-baru ini, seorang lelaki di Facebook dengan nama Danish Meng telah berkongsi gambar dalam satu hantaran menunjukkan 11 buah RX-Z Catalyzer dari tahun 2003 hingga 2011 miliknya yang berjaya dikumpul.

 

 

Tentu sekali apabila melibatkan RX-Z, ia berjaya menarik perhatian orang ramai, ada yang kagum dan teruja dengan koleksi tersebut, kerana umum mengetahui jika anda ingin memiliki sebuah RX-Z pada masa kini, ia tidaklah murah.

Sebelum ini juga kita dikongsikan dengan berita mengenai beberapa buah RX-Z yang telah dijual dengan harga mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

Tidak cukup dengan itu, alat ganti dan komponen untuk RX-Z juga terkesan dengan jualan motosikal tersebut hingga menyebabkan kos untuk melakukan restorasi penuh menelan belanja hingga puluhan ribu ringgit.

 

Sumber: motomalaya

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan dari HLYM, mereka akan mengadakan satu program untuk menaiktaraf atau…
Berita Global
Yamaha Tricity 125 Matte Light Green Gray Metallic   Model 2024 tampil dengan warna baharu…
Informasi
Maka tidak menghairankan apabila garaj rumahnya yang terletak di Kampung Gong Badak, Terengganu…