Menurut laporan daripada The New York Times, Mustafa Qadiri yang berusia 38 tahun itu ditahan atas empat pertuduhan penipuan bank, empat pertuduhan penipuan transaksi, serta enam pertuduhan penggubahan wang haram.
Turut dirampas adalah supercar yang dibeli menggunakan wang dana tersebut iaitu Ferrari 458 Italia, Lamborghini Aventador S dan Bentley Continental GT.
The New York Times melaporkan Qadiri mula memohon pinjaman bantuan COVID-19 pada penghujung Mei 2020, dan berjaya memperoleh hampir $5.1 juta menjelang awal Jun daripada tiga bank yang berbeza untuk membantu empat syarikat miliknya di California.
Federal agents have seized three luxury sports cars allegedly purchased by Mustafa Qadiri, 38, of Irvine, with fraudulently obtained COVID-19 Payment Protection Program (PPP) loans. pic.twitter.com/MIdkjFeZx2
— US Attorney L.A. (@USAO_LosAngeles) May 7, 2021
Namun, pendakwa mendapati keempat-empat syarikat ini tidak pernah wujud dan percaya Qadiri telah menggunakan nama, nombor Social Security dan tandatangan pihak ketiga di dalam permohonan tersebut.
Sabit kesalahan, tuduhan terhadap Qadiri membawakan hukuman maksimum selama 302 tahun di dalam penjara.
Ini bukanlah kali pertama individu ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan penyalahgunaan dana COVID-19.
Julai 2020, seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditahan kerana membeli sebuah Lamborghini Huracan Evo 2020 selepas menerima pinjaman dana hampir $4 juta, dan dalam bulan yang sama, seorang lelaki dari Washington D.C. turut ditahan kerana membeli sebuah Kia Stinger dan rumah yang bernilai $1.123 juta.
Sumber: The New York Times