Lelaki ditahan guna 4 MyKad beli lebih 100 liter petrol

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menggunakan kad pengenalan milik empat individu bagi membeli lebih 100 liter petrol RON95 pada Rabu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata suspek ditahan ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Tumpat.

"Ketika ditahan, polis menemui empat kad pengenalan milik individu berasingan dalam milikannya.

"Kad pengenalan itu digunakan untuk membeli lebih 100 liter petrol," katanya kepada pemberita.

Yusoff berkata, kes dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dengan suspek turut disiasat mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959.

"Polis akan meneliti peruntukan undang-undang lain yang sesuai untuk diambil tindakan terhadap suspek," katanya.

Mengulas sama ada terdapat kes rakyat Malaysia membeli diesel di negara jiran dan masuk ke Kelantan melalui laluan tidak sah, Yusoff berkata setakat ini tiada kes sedemikian dikesan.

"Belum ada rakyat Malaysia ditahan ketika cuba membawa masuk diesel dari seberang sempadan," katanya.

Harga diesel di negara jiran kini sekitar 38 baht (RM4.82) seliter, menjadikannya lebih murah berbanding di Malaysia.

FMT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau mengulas usul yang dibangkitkan oleh YB Tumpat, YB Rantau Panjang dan YB Jerantut, yang…
Berita Domestik
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan…
Berita Domestik
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pada masa sama pihaknya turut menahan dua lelaki…