Lelaki ditahan atas tuduhan mencuri kereta-kereta mainan bernilai RM370

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan oleh pihak polis atas tuduhan mencuri kereta-kereta mainan di sebuah pasaraya di Georgetown semalam.

Akhbar The Star melaporkan bahawa lelaki itu ditangkap ketika melakukan perbuatan tersebut oleh pengawal keselamatan pada jam 12.30 tengah hari di pasaraya di Queensbay Mall.

Menurut OCPD Balik Pulau, Supt A. Anbalagan, sebanyak 14 buah kereta mainan "die-cast" bernilai lebih dari RM370 ditemui pada tertuduh.

"Pihak kawalan keselamatan pasaraya tersebut menerima panggilan dari seksyen permainan mengenai seorang lelaki yang mencurigakan," terang beliau.

Pihak polis berkata lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu mencuri mainan-mainan tersebut untuk membeli dadah.