LELAKI DIKHUATIRI DIHANYUT ARUS DERAS, MOTOSIKAL TERBABAS DALAM LONGKANG

oleh Penyumbang Rencana 2|
SEORANG lelaki dikhuatiri dihanyutkan arus deras apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang besar di tepi jalan di Lebuh Persiaran Klebang 11, Chemor, Ipoh, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, mangsa, Ahmad Amin Ismail, 58, yang menaiki motosikal jenis Yamaha Ego S dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, motosikal mangsa bagaimanapun berada di tepi tempat kejadian.
Ujar beliau, berdasarkan maklumat awam, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan arus air deras di lokasi tersebut.

“Usaha SAR melibatkan 60 pegawai dan anggota dari polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rukun Tetangga dan Unit Amal dilakukan sepanjang aliran longkang membawa ke sungai berhampiran.

“Usaha-usaha mencari dan menyelamat (SAR) terus dilancarkan sepanjang aliran longkang hingga membawa ke sungai berhampiran. Anggota polis bersama anggota bomba telah menyusuri sepanjang longkang laluan air dari Jalan Kuala Kangsar sehingga ke Taman Bertuah,” katanya.

ocpd ipoh diberi penerangan mengenai situasi pencarian

A. Asmadi berkata, keluarga mangsa juga telah dimaklumkan dan turut berada di tempat kejadian.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, anggota bomba termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah digerakkan untuk mencari mangsa di kawasan longkang sehingga Sungai Klebang berhampiran.

Katanya, siasatan ditumpukan pada dua perangkap sampah yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi berkenaan.

unit k9 digunakan utk mengesan mangsa

“Kita turut meminta bantuan dari Unit Anjing Pengesan (K9), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lumpur untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari kedua hari ini (Jumaat).
 
“Operasi tertumpu di lokasi dua perangkap sampah sungai selain melakukan kaedah pemunggahan semak di sepanjang tebing sungai bagi mencari mangsa,” katanya.

Beliau berkata, anggota dari BBP Pasir Puteh pula diarahkan untuk melakukan pencarian bermula di Sungai Kinta sejauh lima kilometer namun setakat ini belum menemui sebarang petunjuk.

 

Artikel oleh: Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…