Lelaki cedera terjerut tali layang-layang semasa menunggang motosikal

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Semalam seorang lelaki telah berkongsi melalui hantaran di Facebook tentang kejadian ngeri dihadapinya apabila terlanggar tali layang-layang bersalut kaca yang ditinggalkan individu tidak bertanggungjawab.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang menunggang motosikal di jalan melalui Tanah Perkuburan Islam, Samariang.

 

2

 

Melalui gambar dikongsikan, mangsa dilihat mengalami kecederaan di bahagian tangan dan leher, manakala motosikal yang ditunggang mengalami kesan calar akibat terjerut tali tersebut.

Kejadian terjerut tali ini bukanlah pertama kali berlaku, sebelum ini juga ada beberapa insiden sama terjadi hingga menyebabkan kecederaan parah, terutama mereka yang menunggang motosikal.

 

3

 

Diharapkan mereka yang memiliki hobi bermain layang-layang ini lebih bertanggungjawab dan tidak meninggalkan tali layang-layang itu sembarangan terutama di kawasan laluan kenderaan.

 

Sumber: iloveborneo.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menerusi rakaman itu ia memaparkan keadaan mangsa yang luka pada leher akibat tersangkut tali…