Lelaki berhelmet samun pelanggan bank diburu polis

oleh Hamimah Hamid|
SORANG lelaki bertopi keledar yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan pisau di sebuah bank di Ipoh diburu polis.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 1 minit 3 saat yang tular, suspek terbabit menghampiri dua individu yang sedang melakukan transaksi di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sambil menghunuskan pisau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku sekitar 5.20 petang pada 14 Mei lalu.

 

"Seorang wanita berusia lingkungan 50-an mengalami kerugian RM300 selepas disamun suspek yang memakai topi keledar terbabit.

 

"Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Polis kini melaksanakan operasi khas bagi mengesan suspek tersebut," katanya.

 

Menurut Yahaya, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

 

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintenden Mohd Zulkefli Mohd Mokhtar di talian 012-4336999 atau Pusat Kawalan Daerah IPD Ipoh di talian 05-2542222.