LEKAS dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan sepanjang tempoh penutupan, pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan kemudahan tandas dan surau awam di hentian sebelah, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Beranang (Arah Utara/ Kajang) atau stesen minyak berhampiran.
“Kerja naik taraf itu bagi meningkatkan tahap keselesaan pengguna lebuh raya,” menurut kenyataan itu.
Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau bantuan boleh menghubungi talian infoline LEKAS 1-800-888-021.