Lego Technic perkenalkan 6x6 Volvo Articulated Hauler Kit, harga dari RM1,099 sahaja

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Kepada abah-abah di luar sana yang memiliki hobi memasang Lego dan permainan kawalan jauh, baru-baru ini Lego Technic telah mengeluarkan 6x6 Volvo Articulated Hauler Kit yang boleh dikawal dengan pelbagai fungsi melalui aplikasi Contol+ syarikat tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kit tersebut diasaskan dari model Volvo A60H Articulated Hauler yang didatangkan dengan 2,193 kepingan untuk dipasang.

 

lego

 

Apabila siap dipasang, model jentera berat itu memiliki dimensi 24 inci panjang, 9 inci lebar dan 8 inci tinggi.

Butiran model tersebut boleh dilihat dengan enjin enam silinder di bawah hud dan transmisi automatik yang berfungsi.

 

lego

 

Bahagian tempat pembuangan boleh dinaikkan ke atas untuk membuang apa sahaja yang diangkut seakan jentera sebenar.

Kit tersebut didatangkan dengan tiga motor bersama pengawal Bluetooth dan enam bateri AA, harga ditawarkan dari USD249 (RM1,099).

 

Sumber: Lego

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Terdiri daripada 1,478 kepingan Lego, LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini membawakan ukuran…
Berita Global
Bukan sekadar mengisi masa lapang, malahan ianya menjadi koleksi yang melambangkan kepuasan dan…
Gaya Hidup
  Ia juga merupakan kali pertama sebuah jentera F1 dijelmakan semula dalam bentuk LEGO Technic,…