LEGO Technic McLaren F1 dilancarkan, harga RM799.90 sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
LEGO secara rasmi melancarkan produk terbaharu LEGO Technic McLaren Formula 1 Race Car menerusi kerjasama rapat dengan McLaren Racing.

 

F1


Ia juga merupakan kali pertama sebuah jentera F1 dijelmakan semula dalam bentuk LEGO Technic, di mana ia menampilkan ciri-ciri unik seperti blok enjin V6 dengan omboh yang boleh bergerak, roda stereng yang berfungsi, suspensi serta komponen differential lock.
 

F1


LEGO Technic McLaren F1 ini terdiri daripada 1,432 kepingan Lego dan produk akhir mempunyai dimensi sepanjang 65 cm, lebar 27 cm dan tinggi 13 cm, lengkap dengan liveri McLaren serta pelekat penaja.
 

F1


'Mainan' baharu ini boleh didapati secara rasmi di LEGO Certified Store, LEGO Official Store di Lazada dan Shopee, serta LEGOLAND bermula 1 Mac 2022, dengan harga jualan RM799.90.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun dengan harga bermula dari $229.99 (RM969), anda mungkin tidak akan dapat kelengkapan seperti…
Berita Global
Namun, anda tidak perlu untuk menghadapi masalah tersebut sekiranya apa yang anda ingin bina…
Berita Global
Dimensi replika Lamborghini Sián FKP 37 ini berukuran 4,980 mm panjang, lebar 2,101 mm dan tinggi 1…