Lego Technic Lamborghini Sián FKP 37 bersaiz sebenar!

oleh Mohamad Hanif|
Apa yang anda perhatikan di dalam artikel ini bukanlah Lamborghini Sián yang sebenar, ia merupakan sebuah replika bersaiz sebenar terdiri daripada 400,000 keping Lego Technic yang telah dihasilkan sendiri oleh Lego.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dimensi replika Lamborghini Sián FKP 37 ini berukuran 4,980 mm panjang, lebar 2,101 mm dan tinggi 1,133 mm menjadikannya hampir sama dengan model Lamborghini Sian FKP 37 yang sebenar.

 


Menurut Lego, Sián edisi Lego ini dihasilkan daripada 154 komponen Technic yang berbeza, dan hanya 20 sahaja daripada yang dihasilkan khusus untuk projek ini yang mengambil masa kira-kira 8,660 jam untuk disiapkan.

Buat pertama kalinya, Lego Sián ini menampilkan salutan warna yang dinamakan sebagai paintbrush effect di mana ia dihasilkan sendiri di kedai cat Lamborghini. Bukan biasa-biasa cat Lego guna fasiliti Lamborghini yang sebenar!

 


Sementara bahagian ruang kabin Sián yang dilihat seakan kapal angkasa ini menampilkan rekaan roda stereng yang lengkap dengan emblem Lamborghini dan bendera Itali, papan pemuka yang tajam serta tempat duduk sports.

Sebagai penghormatan kepada model sebenar Sián, Lego telah menggunakan sistem pencahayaan inovatif menyerupai aliran petir (maksud Sian dalam dialek Bolognese), dan para jurutera Lego memastikan sistem pencahayaan ini menyala di dalam corak turutan yang serupa seperti model sebenar.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Terdiri daripada 1,478 kepingan Lego, LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini membawakan ukuran…
Berita Global
Bukan sekadar mengisi masa lapang, malahan ianya menjadi koleksi yang melambangkan kepuasan dan…
Gaya Hidup
Kit tersebut diasaskan dari model Volvo A60H Articulated Hauler yang didatangkan dengan 2,193…