Lego peringati legenda Porsche 911 Turbo

oleh HEZERI SAMSURI|
Jika baru-baru ini Lego menghasilkan set untuk Harley-Davidson, kali ini ia menghasilkan satu lagi set ikon industri automotif dunia, Porsche 911 Turbo.

Porsche 930 ini dilancarkan dalam tahun 1974 dan dikenali dengan nama 911 Turbo 3.0 dan adalah salah satu Porsche yang paling popular.

Untuk varian lego ini, ia menggunakan sebanyak 180-kepingan Lego, lengkap dengan pemandu dan tiga kon berwarna jingga.

Kit kali ini tidak sekompleks Porsche 911 yang dihasilkan oleh Lego Technic untuk model 911 GT3 RS yang menggunakan 2,704 kepingan Lego.

Namun begitu, kit yang akan dilancarkan bulan Ogos itu nanti masih lagi menarik dan lengkap dengan spoiler ekor ikan paus yang "legend" itu.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sejak kebelakangan ini, LEGO® pandai dalam membuat penjenamaan dan mencuit hati pelanggan. LEGO…
Berita Global
  Lego, pembuat mainan blok pembinaan terkenal telah memenangi satu lagi kes saman hakcipta.…
Berita Global
Tempahan Set LEGO Creator ini berakhir 29 Julai ini sementara stok masih ada dan akan mula dijual…