Lego menang kes tentang Lepin di China

oleh HEZERI SAMSURI|

 

Lego, pembuat mainan blok pembinaan terkenal telah memenangi satu lagi kes saman hakcipta.

Mahkamah Daerah Guangzhou Yuexiu telah memutuskan bahawa empat syarikat di China telah melanggar undang-undang hakcipta milik Lego dengan menghasil dan mengedarkan set-set kit blok pembina di bawah jenama Lepin.

Mahkamah tersebut telah menjatuhkan hukuman untuk keempat-empat syarikat itu menghentikan pembuatan, penjualan, mempamerkan dan mempromosi barangan jenama Lepin itu.

Selain dari arahan tersebut, mereka juga diarah untuk membayar sebanyak 4.5 juta Yuen kepada Lego.

Tahun lalu, mahkamah Beijing telah memutuskan logo Lego dikenali secara rasmi dan tidak ada syarikat yang boleh menggunakan logo Lego dan namanya dalam bahasa Mandarin.

Careta menjangkakan bahawa Lego akan terus memerangi pencurian harta intelek itu dan kemenangan dua kes di China membuktikan kerajaan negara besar itu sudah mula memandang serius kes-kes hak cipta.

Di Malaysia, jenama Lepin popular kerana menghasilkan set-set pembinaan yang sama dengan Lego, tetapi dengan harga 10 kali ganda lebih murah.

Pihak kerajaan harus memandang berat kes ini kerana jika mahukan Malaysia menjadi negara maju, ia tidak boleh menutup sebelah mata kepada kes-kes pelanggaran hak cipta ini.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Tempahan Set LEGO Creator ini berakhir 29 Julai ini sementara stok masih ada dan akan mula dijual…
Berita Global
  Bukan sahaja dibina dengan jumlah yang banyak, Camry replika ini juga seberat satu tan! Toyota…